.

Share |

.

Masukkan NAMA dan EMEL anda untuk dapatkan laporan PERCUMA!
Nama:
Email Utama:

Bagaimana Roberty Allen Menjana $200 Juta Dalam 10 tahun Dengan Modal $1500?

Jika anda seorang yang berminat dengan bisnes hartanah atau real estate, anda pasti pernah membaca buku ciptaan Robert Allen, Nothing Down. Beliau telah menjana jutaan ringgit dengan pen dan kertas... bagaimana mereka melakukannya?

Pada tahun 1974, Robert menamatkan pengajian daripada Brigham Young Universiti dengan memegang master dalam MBA. Anda tidak perlu merasa kagum kerana permohonan kerja beliau telah ditolak lebih 30 syarikat di Amerika. Beliau terlalu terdesak kerana wang hampir putus dan tanpa pekerjaan keadaan sudah tentu menjadi semakin buruk.

Pada masa yang sama beliau mempunyai minat mendalam dalam pelaburan hartanah (membeli rumah atau bangunan pada harga yang murah dan menjualnya dengan keuntungan yang tinggi. Beliau membaca buku klasik tulisan Nikerson Bagaimana Saya Menukarkan $1000 Kepada $100,000 Dalam Pelaburan Hartanah Dimasa Lapang.

Kemudian beliau melupakan hasrat untuk mendapatkan pekerjaan, sebaliknyamerayu kepada seorang jutawan hartanah untuk memberikan pekerjaan dengan bayaran komisen. Oleh kerana masih belum kahwin, beliau sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh jutawan tadi. Beliau menerima komisen dengan menjual tempat-tempat beriadah.

Dibawah bimbingan beliau, Robert telah membeli sebuah apartment di Provo, Utah dengan deposit sebanyak $1500. Ini memberikan beliau semangat untuk membeli lebih banyak lagi hartanah dan pada masa yang sama pernah juga gagal. Dalam masa beberapa tahun, akhirnya beliau menjadi jutawan di atas kertas.

Robert berhasrat untuk berkongsi maklumat yang beliau perolehi dengan kawan-kawan rapatnya, dimana hampir semuanya berjaya. Beliau terfikir jika kawan beliau berminat, sudah tentu lebih ramai lagi orang lain yang juga berminat. Beliau menempah rampaiklan di akhbar dengan menawarkan “Bagaimana membeli hartanah dengan sedikit wang atau tanpa modal”

Keesokkan harinya, telefon beliau tidak putus-putus berbunyi. Dalam beberapa minggu beliau telah menjana lebih $10,000 sehari dalam bisnes gaya pos. Dalam beberapa bulan, beliau telah memperolehi pendapatan enam angka sebulan. Beliau hampir tidak percaya!

Selepas itu, beliau memberikan lesen nama dan idea beliau kepada satu syarikat nasional untuk melatih orang lain menggunakan system beliau dan membayar royalty bagi setiap pelajar. Masanya tepat sekali. Dalam masa setahun, royalty cek beliau telah berkembang antara $25,000 sehingga $50,000 seminggu! Ianya bertahan selama 6 tahun! Pendapatan sampingan ini telah memberikan beliau banyak masa terluang untuk menulis dan mempromosikan dua lagi buah buku yang begitu laris dipasaran. Apabila royalty daripada lessen beliau telah berkurangan pada tahun 1985, beliau telah melancarkan bisnes latihan yang baru dan menjana lebih $100 juta lagi daripada maklumat yang sama dan kebanyakkan daripada orang yang sama juga!

Jika anda perhatikan, konsep pelaburan hartanah merupakan satu bisnes yang sudah lama dan biasa. Tetapi apa yang dilakukan oleh Robert ialah dengan mengambil teknik lama dan membuat teknik baru dengan konsep “tanpa modal” Inilah hasil yang diperolehi oleh beliau:

2.5 juta orang membeli buku pada harga $20 (RM80) = $50,000,000

100,000 menghadiri seminar berharga $500 = $50,000,000

20,000 menghadiri Seminar Kekayaan berharga $5,000

= $100,000,00

JUMLAH = $200,000,000

Robert Allen telah membuktikan bahawa dengan hanya satu idea beliau telah menjana jutaan dollar dengan menggunakan Formula Luar Biasa. Apabila anda sudah menjumpai lubuk emas idea anda, sepanjang hidup anda boleh mendapat hasilnya.

Dapatkan ebook Formula Luar Biasa di sini. (RM295.00) Kuasai teknik menggabungkan ilmu menjual ebook dan sistem gaya pos untuk menambah pendapatan anda hanya dari rumah dengan mudah.